Promosi Perkhidmatan Pintar Nadi Sebandi Ulu
6 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Julai 2025 Sabtu – Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyemarakkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Sebandi Ulu kepada komuniti sekitar. Diantara pengisian slot mempromosikan perkhidmatan pintar ialah seperti mengadakan kelas NADI 2U Pengenalan Smart Services & Asas ICT yang mensasarkan pelajar sekolah rendah dan Tabika. Sambil kelas ini dijalankan, kelas NADI 4U Forum MAHIR turut diadakan serentak perlaksanaannya yang mana kelas ini telah mendapat perhatian dan sambutan yang agak memberangsangkan daripada warga dewasa komuniti sekitar.
Selesai saja Forum MAHIR ini selesai, disambung pula dengan kelas NADI 2U Kelas Pengenalan Alatan MAHIR & Perincian Jadual Kelas. Syukur kehadrat Ilahi, aktiviti yang dilaksanakan seawal jam 8.00 pagi berjalan lancar walaupun bertugas dalam pelbagai cabaran. Bagi sesi petang pula kelas NADI 4U Wellbeing - Care dan slot NADI 2U Kelas Promosi Perkhidmatan Pintar & Latihan Pengukuhan Microsoft Office turut mengambil tempat bagi memastikan slot pembelajaran adalah penuh sepanjang hari. Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama belia dewasa dan NADI Sebandi Ulu amat mengalu-alukan penyertaan daripada komuniti sekitar.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Pembelajaran secara maya, fizikal, teori & praktikal
• Soalan dan Jawapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: